Monday, October 4, 2010

Cheese Tart

Posted by gEE at 10:25 AM

sebelum di bakar.


selepas di bakar.

Cheese tart nih dah banyak kali dah buat...
mengidam nak makan punyer pasal..
berjaya jugak buat tart ni..

cuma hari nih jer sempat upload...
semua kata ok..
tu yg seronok nak buat lagi tuh..
Resepi amik dari sheeda mforum..
Selamat mencuba.

CHEESE TART
Short Crust Dough

200gm tepung
100gm butter (sejuk)
50gm gula icing
50gm ground almond
1 biji telur
secubit garam

Caranya:
1. Satukan tepung, gula icing, ground almond & garam
2. Potong kecil-kecil butter
3. Masukkan butter dalam tepung & gunakan teknik gaul ramas sehingga menjadi serbuk roti
4. Pukul telur dengan garfu & masukkan telur ke dalam adunan tepung
5. Gaulkan dan betukkan menjadi doh
6. Bungkus dalam cling film dan sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam
7. Bakar 180c dalam 10 minit (half cook)

Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

1.Pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.
2. Bubuh dalam 1/2 sudu kecil blueberry dalam tat shell dan pipekan cheese keatasnya.
3. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.

0 comments:

Post a Comment

 

camarqaseh Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez